Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

   


                               


Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: Tarikh Bayaran, Semakan Status, dan Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024
Pengenalan STR Fasa 3: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi kos sara hidup. Untuk tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), iaitu tambahan bulanan RM100 selama 12 bulan untuk golongan miskin tegar, B40, dan M40.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3: Pembayaran Fasa 3 dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat pada bulan Ogos 2024. Jumlah bayaran untuk Fasa 3 belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Kaedah Pembayaran STR:

  1. Pengkreditan ke akaun bank penerima
  2. Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sebelum menunaikan di kaunter, pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan di laman web rasmi STR: Sumbangan Tunai Rahmah.

Cara Semakan STR Fasa 3:

  1. Log masuk ke MySTR
  2. Masukkan nombor MyKad dan kata laluan
  3. Semak status permohonan dan maklumat pembayaran

Cara Membaca Status STR: Terdapat dua jenis status lulus:

  • Kelulusan Asas STR
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARa): Tambahan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk golongan miskin tegar.

Penerima Fasa 1 dan Fasa 2 mungkin tidak menerima Fasa 3 disebabkan:

  • Tidak lulus permohonan STR 2024
  • Perubahan status perkahwinan
  • Lulus kategori isi rumah tertentu dengan pendapatan RM2501-RM5000

Masalah Kata Laluan STR: Jika terlupa kata laluan, gunakan pilihan "Terlupa Kata Laluan" di laman STR:

  1. Klik “Terlupa Kata Laluan”
  2. Masukkan nombor MyKad dan e-mel yang didaftarkan
  3. Ikuti arahan untuk reset kata laluan

Sekiranya gagal menjawab soalan keselamatan selepas 3 percubaan, ID MySTR akan disekat selama 24 jam.

Maklumat Lanjut: Untuk maklumat tambahan dan pertanyaan, layari Portal Manfaat atau hubungi

 talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.


UPDATE!





3 comments: