Latest Posts

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

   


                               


Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: Tarikh Bayaran, Semakan Status, dan Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024
Pengenalan STR Fasa 3: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi kos sara hidup. Untuk tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), iaitu tambahan bulanan RM100 selama 12 bulan untuk golongan miskin tegar, B40, dan M40.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3: Pembayaran Fasa 3 dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat pada bulan Ogos 2024. Jumlah bayaran untuk Fasa 3 belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Kaedah Pembayaran STR:

  1. Pengkreditan ke akaun bank penerima
  2. Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sebelum menunaikan di kaunter, pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan di laman web rasmi STR: Sumbangan Tunai Rahmah.

Cara Semakan STR Fasa 3:

  1. Log masuk ke MySTR
  2. Masukkan nombor MyKad dan kata laluan
  3. Semak status permohonan dan maklumat pembayaran

Cara Membaca Status STR: Terdapat dua jenis status lulus:

  • Kelulusan Asas STR
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARa): Tambahan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk golongan miskin tegar.

Penerima Fasa 1 dan Fasa 2 mungkin tidak menerima Fasa 3 disebabkan:

  • Tidak lulus permohonan STR 2024
  • Perubahan status perkahwinan
  • Lulus kategori isi rumah tertentu dengan pendapatan RM2501-RM5000

Masalah Kata Laluan STR: Jika terlupa kata laluan, gunakan pilihan "Terlupa Kata Laluan" di laman STR:

  1. Klik “Terlupa Kata Laluan”
  2. Masukkan nombor MyKad dan e-mel yang didaftarkan
  3. Ikuti arahan untuk reset kata laluan

Sekiranya gagal menjawab soalan keselamatan selepas 3 percubaan, ID MySTR akan disekat selama 24 jam.

Maklumat Lanjut: Untuk maklumat tambahan dan pertanyaan, layari Portal Manfaat atau hubungi

 talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.


UPDATE!





Senarai Broker Terbaik untuk Pemula dalam Trading.

Senarai Broker Terbaik untuk Pemula dalam Trading.

Senarai Broker Terbaik untuk Pemula dalam Trading.

Memilih broker yang sesuai boleh menjadi satu cabaran. Ada broker yang terkenal dengan pemasaran tetapi kurang memuaskan dari segi perkhidmatan. Bagi trader baru, adalah penting untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum mendaftar dengan mana-mana broker. Elakkan terus mendaftar tanpa melakukan pemeriksaan yang teliti, kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kesukaran mengeluarkan wang atau kehilangan akaun.

Berikut adalah empat broker yang saya syorkan berdasarkan kriteria seperti perkhidmatan pelanggan, isu pengeluaran, kecairan, dan jenis akaun yang ditawarkan:



1. Justforex

  • Apa Ditawarkan: Justforex menyediakan pilihan akaun yang berbeza seperti Pro, Standard, Cent, dan Raw Spread, sesuai untuk pelbagai tahap pengalaman. Platform MT4 dan MT5 membantu dalam analisis teknikal dengan alat yang lengkap. Menyokong Ringgit Malaysia dan pelbagai pasangan dagangan termasuk forex, logam, tenaga, dan kripto.
  • Kelebihan: Kecairan yang baik dan pelaksanaan order yang pantas.
  • Maklumat Lanjut: Justforex


2. Easyforex

  • Apa Ditawarkan: Platform perdagangan termasuk MT4, aplikasi mudah alih, dan web. Terdapat akaun Standard, Premium, dan VIP dengan deposit minimum hanya $25 USD. Menyokong perdagangan aset kripto dan menyediakan pelbagai cara untuk deposit dan pengeluaran.
  • Kelebihan: Pelbagai cara untuk memulakan trading dengan kemudahan tambahan.
  • Maklumat Lanjut: Easyforex



3. Roboforex

  • Apa Ditawarkan: Roboforex menawarkan akaun seperti Prime, Pro, ProCent, dan R Stock Trader, sesuai untuk pelbagai strategi trading. Terdapat pilihan copytrading yang memudahkan pemula meniru strategi trader berpengalaman. Menyediakan banyak pilihan dalam forex, saham, logam, tenaga, dan kripto.
  • Kelebihan: Ciri-ciri canggih dengan alat analisis dan algoritma trading.
  • Maklumat Lanjut: Roboforex

       

4. FBS

  • Apa Ditawarkan: FBS menawarkan bonus tanpa deposit sebanyak $140 USD untuk memulakan trading tanpa risiko. Terdapat pelbagai jenis akaun termasuk Standard, Cent, Micro, Zero Spread, ECN, dan Crypto. Aplikasi mudah alih untuk pengurusan akaun dan trading juga disediakan.
  • Kelebihan: Syarat bonus yang jelas dan mudah diikuti.
  • Maklumat Lanjut: FBS








Terdapat banyak broker lain yang belum disenaraikan. Maklumat tentang broker tambahan serta instrumen pelaburan lain seperti robo-advisor dan crypto exchange akan dikemas kini kemudian. Sebarang masalah dengan broker akan dikemaskini di sini juga.

Semoga maklumat ini memudahkan proses pemilihan broker.

Contact Us